::Join ChurpChurp::

Monday, November 4, 2013

hargailah diri kita sendiri

  • Kebanyakan di antara kita lebih mengenali orang lain, tetapi tidak mengenali diri kita sendiri...Kerana hanya sibuk mencari kesalahan dan kekurangan orang lain tanpa menghitung kekurangan dan kesilapan sendiri...
  • Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh tetapi sering melupakan nikmat yang telah tersedia di depan mata... 
  • Setiap hari kita adalah manusia yang berbeza...Semalam kanak-kanak, hari ini remaja, dan esok hari tua...Tiada manusia yang bergembira sepanjang masa tetapi ianya bukanlah suatu alasan untuk kita hidup sengsara, kerana semuanya menjadikan kita dan masa sungguh bermakna...
  • Bukti yang paling jelas tentang ketajaman akal fikiran seseorang ialah apabila ia dapat mempernyatakan apa yang ia mahu dengan secara ringkas...
  • Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri...Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan...
  • Sekiranya kita meletakkan satu nilai kecil ke atas diri kita sendiri, ketahuilah bahawa dunia tidak akan meningkatkan harga kita itu...jadi, hargailah diri kita sendiri...
*sharing from facebook...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...