::Join ChurpChurp::

Friday, November 29, 2013

tidak perlu untuk menakut-nakutkan anak


hari khamis minggu lepas, 21 November jadual temujanji nenek saya untuk berjumpa doktor...biasalah, pemeriksaan bersama doktor setiap 3 bulan...biasanya saya akan menemani adik & makcik membawa nenek ke hospital...

cuti sekolah ni, taska qusyairi buka seperti biasa...Alhamdulillah, mama tidak perlu membawa qusyairi ke hospital...bukan mama sengaja tak nak bawa, tapi temujanji doktor biasanya memakan masa yang lama, jadi mama risau qusyairi "tidak boleh duduk diam" jika perlu menunggu lama di hospital...

so pagi khamis tersebut, mama hantar qusyairi ke taska & tiba-tiba salah seorang cikgu dia tanya mama nak pergi mana sebab cikgu tu cakap tengok mama pakai "lain macam"...pada mama biasa je, cuma mungkin nampak lain sebab mama pakai baju yang tak pernah mama pakai untuk hantar qusyairi ke taska setiap hari...

mama pun cakap dengan cikgu tu, mama nak teman adik & makcik bawa nenek pegi check up di hospital...then cikgu tu tanya mama, qusyairi tak tanya mama apa-apa ke sebab mama pakai "lain macam"...sebenarnya qusyairi memang dah tengok mama macam pelik, tapi dia tak tanya sebab mama tak "mekap"...mama pasti kalau dia nampak mama pakai bedak pun, confirm dia akan tanya mama nak pegi mana...

then cikgu tu cerita, ada seorang kawan cikgu ni, bila dah pakai "lain mcm" & anak dia tanya nak pegi mana, dia "tipu" anak dia cakap nak pegi kubur...bila si mak cakap macam tu, confirm anak dia tak nak ikut sebab takut...

seriously, mama tak pernah ajar qusyairi dengan menipu mahupun dengan menakut-nakutkan dia & mama tak ada "pantang larang"...mama pernah bawa qusyairi melawat orang sakit di hospital, melawat jenazah saudara yang meninggal dunia & dah 2 kali hari raya mama bawa qusyairi menziarah kubur arwah abah mama...

disebabkan qusyairi pernah menziarah kubur arwah atok dia dengan mama, setiap kali mama bawa qusyairi ke rumah adik di Sungai Rambai, kami pasti akan lalu di depan kawasan kubur tu...biasanya sebelum kami lalu di situ, qusyairi mesti akan cakap, "mama cepat la doa untuk arwah atok"...walaupun qusyairi tidak berkesempatan untuk berjumpa dengan arwah atok dia, mama telah menceritakan tentang arwah atok kepada dia...

p/s: kematian itu pasti bukan?jadi pada saya, kita tidak perlu menakut-nakutkan kanak-kanak dengan sesuatu yang pasti...

"peace" dari qusyairi
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...