::Join ChurpChurp::

Tuesday, November 26, 2013

"jangan mendengar rintihan wanita yang bermasalah"

hari ini kita berjalan, esok mungkin kita akan berlari, tetapi tak mustahil lusa kita akan jatuh...itulah rentetan kehidupan...

bila kita jatuh, kita mesti bangun semula...tetapi untuk bangun semula, kita perlu gunakan akal fikiran bukan emosi semata-mata...


saya ingin berkongsi cerita dari seorang rakan wanita yang saya anggap "kakak" tentang isu pada gambar di atas...tujuan saya berkongsi kisah ini bukan untuk mengaibkan sesiapa ataupun ingin "mencanang" kisah rumahtangga orang lain, tetapi hanya sekadar untuk kita ambil pengajaran jika mengalami masalah yang sama...

kisah ini bermula bila si kakak yang saya namakan sebagai "A" mengalami masalah dengan suaminya berpunca dari si suami bersms dengan rakan lama si suami...rakan lama tersebut merupakan seorang perempuan & saya namakan sebagai N...punca mereka bersms kerana si N menceritakan masalah rumahtangga dia kepada suami A...

pada mulanya A tidak dapat menerima kenyataan & hanya menangis sahaja...akhirnya dia "memberanikan" diri menghubungi N & bertanya kisah sebenar kepada N...menurut N, tujuan dia bercerita masalah rumahtangga dia kepada suami A kerana dia tidak tahu ingin bercerita kepada siapa & dia menganggap suami A hanya sebagai seorang rakan...N juga berjanji yang dia tidak akan mengganggu suami A lagi...

walaupun A sangat kecewa dengan apa yang berlaku, namun suami A telah meminta maaf & berjanji tidak akan mengulanginya lagi...A cuba berfikir secara rasional & mengenangkan anak-anak yang masih kecil, dia menerima maaf suami & cuba untuk berfikir positif...

you all boleh lihat kan penangan jika mendengar rintihan dari seorang wanita yang bermasalah?jadi kepada wanita yang mempunyai masalah rumahtangga, sepatutnya jika mempunyai masalah rumahtangga, perlu meluahkan kepada rakan wanita yang dipercayai atau kaunselor di pejabat agama bukan kepada suami orang lain walaupun rakan sendiri...jika perkara ini tidak memberi kesan negatif kepada insan lain, takkanlah Nabi kita akan berpesan seperti itu kan?fikir-fikirkanlah...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...