::Join ChurpChurp::

Monday, March 25, 2013

hp lama lebih berguna?

sejak hari rabu minggu lepas, setiap petang cuaca di kampung saya hujan beserta guruh, petir & kilat...bagaimana cuaca di tempat u all pulak?

semalam saya pergi kenduri kahwin di rumah sepupu arwah abah saya di Muar, berdua bersama qusyairi kerana en suami tidak bercuti...kemudian saya terus menuju ke rumah nenek & atuk saya di Sungai Rambai...nenek & atuk merupakan ibu & ayah kepada arwah abah saya...hampir sebulan saya tidak melawat mereka...

bila sampai di rumah nenek a.k.a moyang qusyairi, qusyairi sudah kepenatan...akhirnya dia tertidur jugak di rumah nenek sedangkan qusyairi sebenarnya agak susah sikit nak tidur di rumah orang lain...jam 6.40 petang, mama kejut qusyairi bangun tido...walaupun qusyairi masih penat lagi, dia tak menangis bila mama kejut dia...kami bergerak pulang pada jam 6.50 petang...disebabkan semalam saya "cuti masak", kami singgah sebentar membeli makanan sebelum sampai rumah...semasa menunggu makanan siap, adik lelaki saya menelefon saya & bertanya nombor hotline tnb...rupanya adik saya kata di kampung saya tidak ada elektrik kerana ada pokok tumbang akibat hujan lebat beserta ribut petir sejak petang...

selepas makanan siap, saya terus balik ke rumah...sepanjang perjalanan, hujan agak lebat & jalan di kampung gelap...Alhamdulillah, akhirnya saya sampai di rumah hampir jam 7.30 malam...di rumah saya memang sudah kehabisan stok lilin, jadi kami sekadar menggunakan "torch light" dari kedua-dua hp en suami...en suami saya memang pakai hp lama sahaja, bukan "smart phone"...ha, nilah hp en suami saya yang berguna tu...


dengan menggunakan "torch light" hp tersebut, saya & qusyairi dapat mandi & kami menikmati dinner...Alhamdulillah akhirnya jam 10.20 malam barulah elektrik ada seperti biasa...huh, memang mencabar bila tak ada elektrik di waktu malam...


1 comment:

Nisah Idham said...

hp sekarang dh xde torch light ni, ade projector jer . ho dulu tak sensitive, hp skang too much sensitive..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...