::Join ChurpChurp::

Thursday, March 28, 2013

♥ mama, ayie nak adik ♥

agak lama mama tidak bercerita tentang qusyairi...Alhamdulillah, hampir 3 bulan qusyairi bersekolah di Taska Permata Kampung Sagil...bila qusyairi dah sekolah ni, sebenarnya masa mama agak kurang untuk berblog...ini kerana lepas qusyairi balik dari sekolah je, mama akan memperuntukkan masa untuk melayan dia bermain & belajar di rumah pula...

walaupun minggu ni cuti sekolah, tapi taska tetap dibuka seperti biasa...so en suami kata, biar sahajalah qusyairi ke taska seperti biasa...

qusyairi juga nampak gembira bila hendak ke sekolah walaupun dari hari isnin hingga pagi tadi masa hantar qusyairi, mama kira-kira cuma 8 orang yang datang termasuk qusyairi...kawan-kawan yang lain mungkin cuti seminggu...

masuk bulan ketiga ni, qusyairi sudah boleh bercerita setiap aktiviti yang dilakukan di taska termasuk "mengusik" kawan...bila cikgu memberitahu kepada mama yang qusyairi ada "mengusik" kawan di taska, mama tidak terkejut kerana qusyairi sudah memberitahu lebih awal kepada mama...bila mama tanya dengan qusyairi, "kenapa qusyairi usik kawan?"...qusyairi cakap, "ayie nak kawan"...mama pun nasihat dengan qusyairi, "kalau nak kawan, janganlah usik kawan macam tu"...Alhamdulillah sekarang cikgu kata qusyairi dah tak ada usik kawan dia lagi...qusyairi ingin belajar berkawan, tetapi mungkin tidak berapa kena dengan caranya sehingga nampak dia "mengusik" kawan...

qusyairi juga sudah boleh memberitahu nama keempat-empat cikgu & nama hampir kesemua kawan di taska...qusyairi juga suka memperkenalkan kepada mama dengan menunjuk kawan-kawan dia & memberitahu nama mereka sekali...jadi secara tak langsung, mama pun sudah mengenali kawan-kawan qusyairi di taska...qusyairi memang suka berkawan & bila mama bawak dia ke rumah saudara yang ada baby, qusyairi akan cium pipi & salam tangan baby tu berkali-kali...

teringat situasi semasa mama sedang menyiapkan qusyairi untuk ke taska pagi isnin yang lalu...tiba-tiba qusyairi cakap, "mama, ayie nak baby...nak adik"...owh. my dear ♥ son...sebelum ni, memang dah banyak kali jugak dia request nak baby...rupanya dia tahu kalau ada baby, baby tu akan jadi adik...hmm, anak mama dah berangan nak ada adik & berangan nak jadi abang...then mama cakap dengan qusyairi, "qusyairi doalah kalau nak baby"...terus qusyairi cakap "amin" & kaup tangan dia kat muka...dalam hati mama berkata, "insyaAllah jika ada rezeki"...

qusyairi yang sangat manja & cuba buat muka "gedix"...

** sebenarnya qusyairi yang bahasakan sendiri nama "ayie" tu sejak dia pandai cakap dulu, tapi mama tetap panggil dia dengan nama qusyairi...



1 comment:

Unknown said...

nak adik ??..hihhi..
mama dia kn berusaha
mg berjaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...