::Join ChurpChurp::

Thursday, March 7, 2013

MENGATASI MASALAH KUAT MARAH PADA ANAK

buat renungan kita bersama, para ibu bapa sekalian...
anak kita adalah cermin diri kita...
maka renung-renungkanlah...


kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (pre-school) memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati "tidak mendengar kata"...namun situasi itu berlaku kerana ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak...

kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa...sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan penerokaan terhadap alam sekeliling...

kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya...mereka juga baru sahaja belajar bercakap...oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak...

maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang atau memusnahkan permainan lantaran kecewa kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi oleh ibu bapa...sebenarnya kanak-kanak pun tahu kecewa...


jadi jika anak tersebut menjerit, membaling barang atau memusnahkan permainan, siapakah yang bersalah?sudah tentulah kita sebagai ibu bapa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak...

ada beberapa tips yang boleh diberikan untuk mengatasi masalah ini:

1. kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa...sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya...

oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya...tinggalkan sebentar apa yang kita lakukan dan berikan perhatian kepada anak...pandang mukanya dan tatap matanya...berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak?"eye contact" sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil...

2. sebaik sahaja kita pulang dari bekerja atau selepas mengambil anak dari nurseri/taska, luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak...jangan terus ke dapur untuk memasak, angkat baju atau membuat kerja-kerja rumah yang lain...berikan perhatian pertama kita kepada anak...

tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama "bibik" atau di nurseri/taska...dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, kita sangat sayangkan dia...bermain-main dengan anak lebih kurang setengah jam, barulah minta diri untuk ke dapur dan sebagainya...In Syaa Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi...

3. ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan kita tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak atau membuat kerja lain...layanilah dia sebaik sahaja kita selesai membuat kerja tersebut...

jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya kita sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan kita sekiranya kita pula yang memanggilnya...

"the right way to make them listen to you is by listening to them first"...kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian...ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita...buktinya boleh dilihat apabila dia melayani orang lain pula...

4. cuba fahami personaliti anak...setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri...anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai "personality Sanguine"...anak ini memang sangat sukakan perhatian...oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dan sebagainya...

walau bagaimanapun, kita boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu orang lain & menyebabkan orang lain terkejut...sekiranya anak suka menjerit, kita boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih...

In Syaa Allah dia akan kurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan...mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari...sekiranya dia mengulanginya semula, suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan...

berikan dia hadiah jika kita dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai "positive reinforcement"...dengan ini anak akan faham bahawa kita tidak menyukai perbuatan tersebut...

5. sentiasa ingatkan diri kita dengan sifat positif anak...keletah dan karenah anak yang menghiburkan...tumpukan perhatian terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan kita mengubah sifat negatifnya...

bayangkan anak dengan semua sifat positif yang kita inginkan setiap kali kita berinteraksi dengan anak...boleh juga kita berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya...usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan kita kepada dia...

misalnya "mama/papa sayang abang/kakak, mama/papa mahu abang/kakak tidak menjerit lagi"...sebutkan perkara spesifik yang kita mahukan...jangan hanya menyebut "mama/papa harap abang/kakak berubah" atau menyebut dengan nada negatif seperti "mama/papa tak suka abang/kakak menjerit"...teknik ini dipanggil "imagery" atau "visualization" dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali...kita juga boleh membacakan surah Al-Fatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan...mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar...

semoga kita lebih bersabar, jangan "ignore" anak dan cubalah memahaminya...fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan...bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling...

anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan...ibu bapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak...belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya...

semoga Allah mengurniakan rahmat dan kebijaksanaan kepada kita...jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai ibu bapa...


sumber: Facebook


3 comments:

eray said...

thanks for sharing this..good tips

http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/03/resepi-sos-meatball-ikea-super-sedap.html

tenku butang said...

done follow..jom singgah sini lak.. n follow sekali yea.. =) http://tengkubutang.blogspot.com/2013/03/wordless-wednesday-i-hate-this-bagi-3.html?showComment=1362620836873#c8233176151603559504

izan mama mia said...

penting nya sabar...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...