::Join ChurpChurp::

Tuesday, March 5, 2013

memperkenalkan blog kedua saya

semasa di sekolah rendah dahulu, bila ditanya tentang cita-cita, saya pasti akan jawab saya ingin menjadi seorang guru...ini kerana, saya sangat mengagumi profesion guru kerana guru merupakan idola saya ketika itu...

tetapi semasa di sekolah menengah, saya sudah mula berubah arah...saya berangan ingin menjadi seorang usahawan ataupun dalam erti kata lain, businesswoman...

kenapa saya berminat untuk menjadi businesswoman pulak ni?
semasa saya di tingkatan satu, mak membuka gerai kecil di depan rumah...ketika itu kami tinggal di rumah teres kami di Tangkak...gerai kecil kami menjual air batu campur (ABC), mee siput (makanan orang johor yang dimakan bersama sambal tumis) & juga sedikit snek...bila saya ada di rumah, saya pasti akan membantu mak melayan pelanggan yang datang membeli di gerai kami...ketika itulah, minat saya untuk menjadi businesswoman mula bercambah...bangga betul bila setiap kali selesai melayani pelanggan...

ketika saya di tingkatan dua, keluarga saya berpindah ke Kulai kerana mak berpindah kerja ke Hospital Kulai...di Kulai kami tinggal di kuarters hospital, jadi kami tidak boleh membuka gerai seperti di rumah Tangkak...akhirnya ketika itu, mak mengambil kelapa di rumah arwah nenek di Benut & kami menjual kelapa yang siap diparut kepada jiran tetangga...

jiwa berbisnes saya memang tidak pernah padam...semasa saya bekerja dahulu, pada penghujung tahun 2010 saya memulakan perniagaan menjual tudung kepada rakan-rakan sepejabat...saya memborong tudung secara online & berniaga kecil-kecilan di pejabat...di samping itu saya turut menjual mee siput yang dibeli secara borong daripada rakan adik saya...saya juga membuat perniagaan top up ketika itu...namun disebabkan beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan, saya menutup semua perniagaan saya pada penghujung tahun 2011...


setelah lebih setahun saya tidak membuat sebarang perniagaan, perasaan untuk berniaga mula membuak-buak kembali...Alhamdulillah, pada tahun 2013 ini, saya sudah memulakan perniagaan saya iaitu menjual "preloved clothes" untuk bayi & kanak-kanak, tudung chiffon 3 layer, bedak arab kokoryu & kryolan supracolor foundation...jadi kepada rakan-rakan yang berminat, boleh menjadi followers di blog bisnes saya; http://kaybee-collection.blogspot.com & boleh like page saya; KEBI Collections...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...