ada seorang saudara bertanya pada saya, "bila nak mengandung lagi?anak dah besar ni..."
saya hanya tersenyum & dalam hati terfikir, "betul ke qusyairi dah besar?2 tahun 5 bulan dah besar ke?"
tapi bila sekarang qusyairi dah mula pandai bertanya, "mama buat apa ni?", "mama masak apa?", "mama nak gi kedai ke?"....dalam hati juga bersyukur yang tidak terhingga, Alhamdulillah, anak saya sudah besar...hmm, saya perlu mengandung lagi?
hakikat sebenarnya, siapa kata saya & suami tak nak anak lagi?kami sudah berusaha, namun jika apa yang kami usahakan masih belum kami terima, maknanya itu belum rezeki kami & kami redha...
jika sebelum ini, itu azam kami untuk tahun 2012, jadi kami perlu memegang azam yang sama untuk tahun 2013...insyaAllah jika diizinkan Allah, adalah rezeki kami nanti...you all doa-doakan la untuk kami ye...
kenangan semasa mengandungkan qusyairi 8 bulan...adakah keadaan ini akan berulang kembali?hanya Allah yang maha mengetahuinya... |
6 comments:
yaaa..saya pun sdg berdepan dgn soalan yg sama....malas saya nk jawab..hiihihi..senyum jer tak perlu kata apa-apa..
M pun asyik diajukan soklan yg sama...hu hu..wat dek ja la..
hihi.. in shaa ALLAH..
saya berdepan soklan yg berlainan..sabaq je la ;D
sebelum ni saya tak penah kena tnya sbb cepat jgk dpt qusyairi dlu..tp bila skrg org tnya mcm tu, senyum aje la..:-)
tu la, lum ada rezeki lagi, nak buat mcm mn?biar je la org bertanya...
insyaAllah..amin..:-)
Post a Comment