::Join ChurpChurp::

Friday, December 14, 2012

seminggu yang sibuk

aduh, seminggu blog saya tidak berupdate...banyak jemputan untuk join segmen & giveaway daripada rakan-rakan yang tidak dapat saya penuhi...terima kasih pada rakan-rakan yang menjemput...insyaAllah dalam hari ini, saya akan cuba untuk join mana-mana segmen yang masih belum sampai tarikh tutup...

kenapa sampai seminggu blog saya tidak berupdate?bz sangat ke saya sampai tidak ada masa nak menjenguk blog?last update adalah pada hari khamis lepas, 6 Disember 2012...pada hari Jumaat saya plan untuk berehat dari sebarang update selama sehari...namun tanpa disangka ia menjadi seminggu!

yelah, kita hanya merancang, Allah yang menentukan semuanya...sebenarnya pada hari Jumaat 7 Disember, seorang saudara saya iaitu sepupu kepada arwah abah telah meninggal dunia...arwah saudara saya telah meninggalkan seorang isteri & 3 orang anak perempuannya...jadi pada hari Sabtu, saya pergi mengunjungi ke rumah arwah di Muar, memenuhi undangan kenduri daripada bakal bapa mertua adik saya juga di Muar & juga melawat nenek & datuk saya iaitu ibu & ayah kepada arwah abah di Sungai Rambai...

pada hari ahad pula, majlis pertunangan adik ipar saya iaitu adik lelaki kepada suami saya...rumah tunang adik ipar terletak di pekan Semerah, Batu Pahat...perjalanan selama hampir dua jam dari Kampung Sagil sememangnya amat memenatkan...apa pun, Alhamdulillah majlis pertunangan tersebut berjalan dengan lancar...

aktiviti saya untuk hari Isnin pula adalah "menemankan" adik lelaki saya mendaftar perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) cawangan Muar...Alhamdulillah, adik saya telah berjaya mendaftar perniagaannya dengan nama, DB Engineering...apa perniagaan yang dijalankan?tunggu saya update di entri akan datang ye...

hari Selasa saya tidak ke mana-mana, tapi sebenarnya mak saya telah datang ke rumah saya sejak dari hari Ahad lagi...jadi bila mak ada di rumah, sudah tentu saya tidak berkesempatan untuk mengupdate blog...

hari Rabu iaitu 12 Disember, suami meminta saya menolong untuk membayar baki bayaran motosikalnya...setelah melalui pelbagai dugaan, Alhamdulillah akhirnya motosikal suami saya telah habis dibayar pada hari itu...insyaAllah hari Sabtu iaitu esok, saya boleh mengambil geran motosikal tersebut di kedai...

hari Rabu sebelah malam pula, abang ipar saya iaitu abang kepada suami telah membuat majlis sambutan hari lahir yang ke 12 tahun untuk anak sulungnya...rumah abang ipar tidak jauh, hanya selang satu rumah dari rumah saya...

hari Khamis iaitu semalam pula, saya telah menemankan biras saya membawa anak sulungnya itu untuk membuat kad pengenalan di Jabatan Pendaftaran cawangan Tangkak...saya pun membuat permohonan untuk menukar kad pengenalan baru...insyaAllah sebulan lagi akan siap...

ok la, itu sahaja update saya yang terkini...entri ini tak ada gambar sebab saya belum sempat nak transfer gambar dari kamera ke pendrive lagi...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...