::Join ChurpChurp::

Thursday, January 31, 2013

kisah qusyairi "free drypers"

Assalamualaikum...

agak lama saya menyepi...hanya kerana kesibukan menguruskan hal-hal rumah tangga...biasalah,bila dah sihat, perlulah menyelesaikan segala kerja rumah yang tergendala sebelum ni...siapa kata suri rumah kerja senang & boleh duduk goyang kaki?sebenarnya bila jadi suri rumah ni, kalau orang tengok rumah kita kotor sikit je, orang boleh mengata kita tau...itu hanya perumpamaan...maksudnya saya kena sentiasa pastikan rumah saya bersih & semua kerja rumah selesai...oklah, saya pun tak nak cerita tentang hal orang lain kat blog saya...

hari sabtu, 26 Januari yang lepas, saya niat untuk training qusyairi free drypers sepenuhnya...sebelum ni saya pernah cuba training & success...tapi bila nak bawa dia berjalan, saya tak confident & mula pakaikan dia pampers semula...jadi bila training sangkut-sangkut, qusyairi keliru walaupun dia selalu cakap dengan mama, dia dah tak nak pakai pampers...untuk hari pertama iaitu hari sabtu, memang success...bila qusyairi nak buang air kecil, dia akan cakap, "mama ayie nak kencing" & dia terus bukak seluar sebelum ke tandas...bila qusyairi nak tido malam, dia cakap juga tak nak pakai pampers, tapi mama tak confident, takut dia "terkucil" kat atas tilam...so mama pujuklah qusyairi untuk pakai pampers masa tido malam...hmm, pengsan nak keringkan tilam kalau dia "terkucil" nanti...

hari kedua iaitu hari ahad, agak kelam kabut bila qusyairi cakap "ayie nak biyak" sedangkan masa tu mama kat dapur tengah basuh pinggan...so kesannya tercicir jugaklah sebab terlambat bawak dia g tandas...mungkin qusyairi belum biasa dengan situasi membuang air besar di tandas...

pagi isnin badan qusyairi panas...mama terkejut bila qusyairi boleh demam balik...jadi hari isnin mama tak teruskan training...dalam pukul 4 petang, masa mama bawak dia ke kedai, tiba-tiba qusyairi muntah dalam kereta...kemudian mama bagi dia minum air & sekali lagi dia muntah...punyalah mama risau...then mama terus bawak dia ke hospital tangkak...di hospital, suhu badan qusyairi ketika itu memang panas, 39 C...so doktor bagi ubat demam & ubat untuk muntah...petang tu qusyairi makan roti habis sebungkus & mama bagi minum air glukos...bila mama nak bagi ubat muntah tu, qusyairi tak nak & dia kata ubat tu tak sedap...so mama terpaksa bagi dia ubat demam je...sebelah malamnya, semasa qusyairi sedang minum susu, dia muntah lagi...aduh, betapa risaunya hati mama...then mama pujuk dia untuk makan ubat muntah tu...dia still tak nak makan ubat muntah tu & terus tido...

pagi selasa badan qusyairi masih panas...so mama call cikgu taska & beritahu qusyairi cuti sebab demam...bila qusyairi bangun tido, mama terus bagi ubat demam & mandikan dia...Alhamdulillah sejam selepas tu, qusyairi mula nak makan & aktif bermain seperti biasa...syukur sangat bila qusyairi dah sihat & dia boleh free drypers dari pagi sampai sebelum dia tido malam, sama seperti hari sabtu...qusyairi juga dah pandai membasuh sendiri alat kemaluan selepas membuang air kecil...

pagi semalam semasa bersiap untuk ke sekolah, qusyairi request tak mahu pakai pampers...so mama tak pakaikan pampers & mama beritahu pada cikgu...tapi semasa mama ambil qusyairi balik taska pada petangnya, cikgu beritahu qusyairi diam sahaja bila dah buang air kecil dalam kul 11 pagi & buang air besar hampir jam 4 petang...dalam perjalanan balik rumah,mama tanya qusyairi "kenapa tak bagitau cikgu bila ayie nak kencing?"...qusyairi cakap "ayie malu dengan cikgu"...aduh,anak mama ni pemalu betul...mama cakap dengan dia, "kenapa nak malu?bukannya cikgu marah kalau ayie cakap nak kencing"...qusyairi diam sahaja...tapi bila sampai rumah,dia terus cakap tak nak pakai pampers & dia boleh ke tandas bila nak kencing...

pagi tadi semasa bersiap untuk ke sekolah,qusyairi terus cakap dia nak pakai pampers...tak apalah, qusyairi memang pemalu orangnya...mama ingat bila dah sekolah, dah kurang sikap pemalu dia tu...mama pun tak nak paksa dia free drypers masa kat sekolah...biarlah dia belajar perlahan-lahan untuk menghilangkan perasaan malu dia...mama dah cukup bersyukur yang qusyairi dah success bila tidak memakai pampers ketika di rumah...

**thanks for reading this entry...
Published with Blogger-droid v2.0.10

4 comments:

Nora said...

Free Drypers... tahniah. Perlukan kesabaran dan komitmen yg tinggi dari mama dia... - Kak Nora

Nisah Idham said...

tak pelah.. pelahan-lahan nak ajar qusyairi. lama2 nanti die bolelah free drypers kan..

Unknown said...

btul kak nora..tq..

Unknown said...

insyaAllah..tq nisah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...