kadangkala pasti terselit rasa cemburu di hati kita melihat orang yang punya segalanya; cantik & berharta...tetapi bila sudah mengenalinya, ternyata dia ada masalah, dilema hidup, kurang kasih sayang & perhatian daripada suami ataupun ahli keluarga yang tidak tahu menghargai pengorbanannya...
ada pula yang seolah-olah mudah sahaja perjalanan hidupnya; bekerja, berkenalan, mudah sahaja bertemu jodoh, bertunang & berkahwin...tetapi diduga pula dengan kesukaran untuk mendapat cahayamata sehingga terbeban dengan kata-kata mendesak & sinis yang tidak henti-henti daripada masyarakat sekeliling...
ada wanita yang punya karier hebat & cantik dambaan setiap lelaki, tetapi sukar bertemu jodoh yang sesuai...kebanyakannya materialistik & mahu mengambil kesempatan atas dirinya...walaupun di kalangan rakan-rakan, dia merupakan sumber inspirasi, tetapi jauh di sudut hatinya, dia kesunyian & inginkan teman hidup...dia cemburu melihat rakan lain yang seolah-olah "bahagia"...dia juga tertekan dengan orang sekeliling yang asyik bertanya, "bila mahu berkahwin?"...

walau apa pun yang terjadi, walau kita sedih mengenangkan kekurangan diri, siapa kita untuk mencemburui orang lain?ingatlah semua orang diberi dugaan yang berlainan...dia mungkin lebih di sini, tetapi kurang di sana...tidak ada yang sempurna...namun hakikat yang pasti, Allah maha adil...bersyukur & berbahagialah dengan takdir Allah...
jangan mudah membuat kesimpulan dengan memandang luaran...kita yang menentukan & mewarnakan hidup kita sendiri...kebahagiaan & ketenangan bukan terletak pada wajah yang cantik, harta yang banyak, tempat yang indah mahupun keluarga yang sempurna tetapi ia terletak pada HATI kita...
**baik macam mana pun kita, pasti ada orang yang tidak suka dengan kita...buruk macam mana pun, pasti ada orang yang boleh menerima kita...bersabarlah, semua itu lumrah kehidupan...
6 comments:
Begitulah kehidupan di alam nyata. Sebagai manusia kita pasti merasai kekurangan dan kelebihan org lain tapi org pun melihat kelebihan dan kekurangan kita. Redhalah...
nice blog..=D
ye, betul tu kak...:-)
tq...:-)
Setiap apa yang ditakdirkan pada kita adalah terbaik untuk kita..Syukur pada Allah swt..
sentiasa bersyukur..
* kak saya pernah tmn mber pergi minum air gula.. huhu
betapa peritya tgk dia nk telan.sbb nurse siap pesan kalau muntahkan kena datang lagi dan minum lagi.. mau tak mau terpaksa gagahkan juga
Post a Comment