setiap manusia berhak dengan jalan hidup mereka sendiri, tapi berapa ramai dari kita yang boleh menerima jalan hidup orang lain tanpa perlu mempertikaikan "kenapa"...
kita sudah terbiasa mempertikaikan tentang jalan hidup orang lain, tetapi kita tak sedar, lebih baik jika kita gantikan kata-kata tersebut dengan doa...berdoa supaya insan-insan yang berada di sekeliling kita memperoleh kesejahteraan dalam hidup mereka...
sebagai contoh, jika ada di kalangan rakan atau saudara mara kita yang masih belum berkahwin, kita jangan tanya "kenapa tak kahwin lagi?" tetapi gantikan dengan; "semoga awak akan bertemu jodoh"...ataupun jika kita rasa ada calon yang sesuai untuk rakan tersebut, kita cuba kenalkan mereka...insyaAllah sekiranya ada jodoh mereka, ini bermakna kita telah membantu mereka...
begitu juga jika ada di antara rakan atau saudara mara yang masih belum dikurniakan anak, kita doakan sahaja supaya mereka akan mendapat rezeki anak...cepat atau lambat, bukan kerja kita...yang penting kita berdoa untuk mereka...ataupun jika kita ada cara yang boleh mereka cuba untuk mendapatkan anak, kita beritahu pada mereka...
mungkin sukar pada mulanya, kerana kita tidak biasa...namun sekiranya dipraktikkan, insyaAllah kita akan dapat membiasakan diri dengan perkara yang betul...sekiranya kita betulkan yang biasa & biasakan yang betul dalam perhubungan kita sesama manusia, insyaAllah kita tidak akan menyakiti hati insan lain & semestinya doa tersebut memberi keyakinan kepada insan tersebut...kita harus belajar menghormati orang lain sekiranya kita ingin orang lain menghormati kita...
**KURANGKAN ucapan mendendam, PERBANYAK ucapan mengasihi
**KURANGKAN kata-kata mengejek, PERBANYAK kata-kata menghargai
**KURANGKAN kata-kata melemahkan, PERBANYAK kata-kata mendorong
**KURANGKAN kata-kata kritik, PERBANYAK perkataan membangun
**KURANGKAN kata-kata sia-sia, PERBANYAK kata-kata mendatangkan inspirasi
**KURANGKAN kata-kata kasar, PERBANYAK kata-kata lemah lembut...
p/s: JIKA kita TIDAK MAMPU memberi KEBAHAGIAAN
kepada orang lain,sekurang-kurangnya cubalah menjadi seorang yang mampu
MENGHILANGKAN KESEDIHAN orang itu...
No comments:
Post a Comment