saya bukan seorang yang memilih kerja...pelbagai pekerjaan pernah saya cuba sebelum bekerja dengan jawatan kontrak selama 3 tahun 2 bulan di PPD Segamat...saya pernah bekerja sebagai operator di kilang elektronik semasa menunggu keputusan matrikulasi dan bekerja sebagai jurujual di kedai kain & kedai komputer semasa cuti semester universiti...selepas tamat pengajian di usm, saya bekerja sebagai it administrator di sebuah hypermarket di Johor Bahru, hampir 2 tahun saya bekerja di sana...tetapi semua pekerjaan tersebut adalah semasa saya belum berkahwin...
jadi jika sekarang saya ingin bekerja, sudah tentu saya perlu bertanya pendapat suami dahulu, bukan?sudah masuk bulan kedua menjadi suri rumah sepenuh masa, barulah saya cuba bertanya pada suami, "perlu ke saya bekerja?" & jawapan dari suami adalah, "saya tidak perlu bekerja"...
bukannya saya ingin memberitahu kepada semua orang yang suami saya sudah cukup "kaya" sehingga saya tidak perlu bekerja...apa pun saya bersyukur sekarang suami mampu untuk menyara kami sekeluarga...ini kerana kami pernah ditimpa pelbagai dugaan sebelum ini...jadi dengan situasi sekarang, saya memang sangat bersyukur...
jadi jika sekarang saya ingin bekerja, sudah tentu saya perlu bertanya pendapat suami dahulu, bukan?sudah masuk bulan kedua menjadi suri rumah sepenuh masa, barulah saya cuba bertanya pada suami, "perlu ke saya bekerja?" & jawapan dari suami adalah, "saya tidak perlu bekerja"...
bukannya saya ingin memberitahu kepada semua orang yang suami saya sudah cukup "kaya" sehingga saya tidak perlu bekerja...apa pun saya bersyukur sekarang suami mampu untuk menyara kami sekeluarga...ini kerana kami pernah ditimpa pelbagai dugaan sebelum ini...jadi dengan situasi sekarang, saya memang sangat bersyukur...
tidak perlu saya bertanya kepada suami, kenapa saya tidak perlu bekerja...cukuplah suami sahaja yang tahu sebabnya...cuma menurut pendapat saya, perbezaan hidup kami dahulu & sekarang memang sangat ketara...perbezaan yang saya maksudkan adalah dari segi kos hidup & masa...seperti yang telah saya ceritakan pada entri bulan lepas...
walaupun sebelum ini saya seorang yang bekerja, tetapi sebenarnya saya juga tidak ada masalah untuk menjadi suri rumah...ini kerana saya juga sudah biasa membuat kerja-kerja rumah & menguruskan adik-adik sejak dahulu...
ketika saya di tingkatan lima, mak telah ditawarkan kursus untuk naik pangkat dari bidan ke jururawat masyarakat selama 6 bulan di Jitra, Kedah...kursus tersebut bermula bulan Jun 1998 sehingga Disember 1998...pada mulanya mak mengupah jiran untuk memasak lauk untuk kami setiap hari...tetapi masuk bulan kedua, saya mula rasa tidak berbaloi & kasihan kepada arwah abah yang terpaksa mengeluarkan belanja yang besar dengan mengupah jiran tersebut...saya mengambil keputusan, selepas pulang dari sekolah, saya akan memasak sendiri makanan untuk makan tengah hari & makan malam kami sekeluarga...jadi setiap hari selepas pulang dari sekolah, saya akan terus memasak...ketika itu, saya hanya mengambil part memasak sahaja...membasuh baju & mengemas rumah, adalah part kedua-dua adik perempuan saya...selepas saya habis spm, mak tidak membenarkan saya untuk bekerja sementara menunggu keputusan spm...jadi sudah tentulah saya duduk di rumah menjaga adik-adik & membuat kerja-kerja rumah sehingga keputusan spm keluar...
jadi saya memang tidak rasa janggal untuk menjadi suri rumah tangga sepenuh masa...ada juga yang bertanya tak rasa rugi ke dah belajar jauh-jauh akhirnya jadi suri rumah tangga?cukuplah saya katakan, insyaAllah rezeki ada di mana-mana...
pada mulanya saya agak ragu-ragu untuk memberitahu kepada mak tentang saya sudah berhenti kerja...bukan saya ingin menipu tetapi saya tidak mahu mak risau lebih-lebih lagi mak akan pergi menunaikan haji...yelah, mak mana yang tidak risau jika anak yang sudah ada ijazah tetapi ingin menjadi suri rumah sepenuh masa...setelah hampir 3 minggu, barulah saya memberitahu kepada mak...Alhamdulillah, mak memahami segala masalah yang telah saya hadapi selama ini...namun mak kata mak akan berdoa untuk saya di sana nanti...
**terima kasih mak kerana memahami saya...sesungguhnya kasih mak tiada tolok bandingnya...
No comments:
Post a Comment