kami bergerak dari rumah mak di benut lebih kurang pukul 4.45 pagi & kami tiba di masjid yang berdekatan dengan airport sebelum pukul 6 pagi...selepas menunaikan solat subuh, kami terus bergerak menuju ke airport...
menurut surat dari tabung haji, mak & adik perlu mendaftar diri pada pukul 8.20 pagi...namun pihak tabung haji juga memaklumkan, seelok-eloknya mereka perlu mendaftar diri 2 jam lebih awal dari waktu yang telah dinyatakan di dalam surat...
lebih kurang pukul 8.30 pagi, kami perlu mengucapkan selamat tinggal & bersalam-salaman dengan mak & adik kerana mereka perlu dikuarantin selama 4 jam sebelum berlepas ke sana...Alhamdulillah, mereka telah memaklumkan menerusi telefon bahawa mereka telah selamat sampai di Jeddah lebih kurang pukul 10 malam waktu Malaysia kerana mereka berlepas lebih kurang pukul 12.30 tengah hari tadi...
jadi, ini sahaja gambar-gambar yang sempat diambil di airport pagi tadi...tidak ada gambar beramai-ramai bersama semua ahli keluarga kerana hampir semua sudah kepenatan termasuk suami & qusyairi...
masa ni, mood qusyairi ok lagi...dia excited nak tunjuk rambut yang sudah botak seperti ayah... |
No comments:
Post a Comment