::Join ChurpChurp::

Monday, October 22, 2012

5 Panduan Untuk Makanan Yang Selamat

1. Jaga Kebersihan


2. Asingkan makanan mentah dari makanan yang sudah dimasak
  • Asingkan makanan mentah seperti ayam, daging & makanan laut daripada makanan yang telah dimasak.
  • Gunakan peralatan dapur yang berasingan seperti pisau & papan pemotong untuk menyediakan bahan mentah yang ingin dimasak.
  • Simpan makanan mentah dalam bekas untuk mengelakkan makanan mentah bersentuhan dengan makanan yang telah dimasak.

3. Masak dengan cara yang betul
  • Pastikan makanan dimasak dengan sempurna sepenuhnya, especially ayam, daging & makanan laut.
  • Suhu didih bagi makanan bersup dan rebus hendaklah mencapai 70° Celcius. Bagi ayam & daging, pastikan air rebusan kelihatan jernih & bukan berwarna merah jambu.
  • Panaskan semula makanan yang telah dimasak sepenuhnya.

4. Simpan makanan pada suhu yang selamat
  • Jangan letak makanan lebih 2 jam pada suhu bilik.
  • Simpan makanan yang telah dimasak & cepat rosak di dalam peti sejuk pada suhu di bawah 4° Celcius.
  • Kekalkan suhu makanan yang telah dimasak lebih daripada 60° Celcius sebelum dihidangkan.
  • Jangan simpan makanan yang telah dimasak atau lebihan makanan terlalu lama dalam peti sejuk lebih dari 5 hari.
  • Jangan biarkan makanan sejuk beku dicairkan pada suhu bilik.

5. Gunakan air & bahan mentah yang selamat

  • Gunakan air yang bersih atau yang telah dirawat agar selamat untuk digunakan.
  • Pilih bahan makanan mentah yang segar & selamat untuk dimakan.
  • Untuk keselamatan, pilih makanan yang telah diproses, contohnya susu pasteur.
  • Basuh buah-buahan & sayur-sayuran dengan bersih, terutamanya jika mahu dimakan mentah.
  • Elakkan makanan yang telah tamat tarikh luput.

(sumber maklumat Kementerian Kesihatan Malaysia)


2 comments:

Zamani said...

Salam.. Thanks sbb follow blog Zam sblm ni.. Kali Zam dtg nk ajak tuan blog utuk join segmen ni

http://zamani84.blogspot.com/2012/10/segmen-up-kan-followers-dengan-mendadak.html

Jemput ke blog ye time2 free ;)

Khairul Bariah Salleh said...

salam...sama-sama & congrats sbb menang GA dr blog hasrulhassan...insyaAllah, nnt cuba join...:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...