::Join ChurpChurp::

Sunday, October 14, 2012

♥ i love him ♥

kelmarin, 12 Oktober suami saya keluar bekerja pukul 7.00 pagi dan balik dari kerja pukul 12.05 tengah malam...hmm, maknanya dah masuk 13 Oktober...sungguh gigih suami saya bekerja...sebagai seorang isteri, saya hanya mampu berdoa semoga Allah beri kesihatan yang baik untuk suami saya...bukan ingin berbangga apa-apa, tetapi saya bersyukur suami saya seorang yang kuat bekerja sejak dahulu hingga sekarang...

apa pekerjaan suami saya?suami saya bukan seorang yang berjawatan besar, tetapi hanyalah seorang pemandu lori trailer yang bekerja "makan gaji" dengan sebuah syarikat swasta...sudah lebih 5 tahun dia bekerja dengan syarikat tersebut...setiap hari dia akan balik ke rumah, cuma waktu dia pergi & balik kerja sememangnya tidak menentu...apa pun saya bersyukur dengan pekerjaan suami saya...ini kerana dengan pekerjaan tersebut, dia telah mengizinkan saya menjadi suri rumah tangga sepenuh masa...

Alhamdulillah, 26 September yang lalu genap usia perkahwinan kami 3 tahun...saya akui, usia perkahwinan 3 tahun sebenarnya masih baru & masih lagi dalam peringkat belajar tentang selok belok alam rumah tangga...namun saya bersyukur kerana sehingga ke saat ini saya telah belajar banyak perkara yang membuatkan saya semakin memahami suami...

bagaimana saya mengenali suami?sebenarnya kami memang telah berkawan sejak kecil lagi kerana kami tinggal berjiran di Kampung Sagil, tetapi persahabatan ketika kecil hanya sebagai jiran tetangga yang bermain permainan kampung bersama rakan-rakan lain...pada bulan April tahun 2007, seorang rakan sekampung kami telah memberikan nombor telefon saya pada suami...bermula dari situ, kami mula berkenalan secara lebih dekat...saya memang tidak berapa pasti tarikh yang spesifik kami berkenalan kerana pada saya tarikh yang lebih penting untuk diingat adalah tarikh pernikahan kami...

jika saya cuba imbas kembali, kisah percintaan kami penuh dengan pelbagai dugaan...namun cukuplah saya simpan segalanya sebagai kenangan...saya anggap segala dugaan itu untuk mematangkan diri saya...hakikatnya, setelah kami membuat keputusan untuk berkahwin, segala perancangan kami dipermudahkan Allah...Alhamdulillah, setelah 7 bulan bertunang, pada 26 September 2009 bersamaan dengan 7 Syawal 1430H, kami selamat dinikahkan dengan berwalikan datuk saya dalam majlis yang sederhana di Sungai Rambai, Melaka...


p/s: semoga perkahwinan kami kekal hingga ke akhir hayat...amin...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...