kelmarin, telah berlangsung Anugerah Skrin 2012 di tv3...setiap tahun saya pasti menonton Anugerah Skrin...tapi hampir pukul 9.30 malam baru saya bukak tv...hampir-hampir terlupa sebab petangnya saya keluar beli barangan keperluan harian bersama adik & qusyairi...jadi agak terlambat menyiapkan kerja rumah...
saya menonton Anugerah Skrin sambil online facebook (fb) di handphone sahaja...meriah sungguh fb dengan bermacam komen & status dari rakan-rakan...
walaupun hampir semua status dari rakan-rakan fb mengatakan Anugerah Skrin membosankan atau yang seangkatan dengannya, sebagai seorang penonton yang menonton rancangan ini setiap tahun, saya suka dengan kelainan yang ditampilkan pada tahun ini & dari saya mula menonton, saya sudah excited mahu menontonnya sehingga ke penghujung rancangan...
pelik kan?ramai orang yang cakap bosan, tapi saya suka pulak...kenapa?sebab menurut pandangan saya, Anugerah Skrin 2012 lain daripada yang lain, penuh variasi & happening...konsep teater yang ditampilkan benar-benar menarik minat saya...mungkin ada sesetengah pelakon yang nampak annoying ketika di atas pentas, tetapi saya tidak mahu komen tentang itu...saya lebih tertarik kepada konsep yang ada berbanding perkara-perkara yang lain...
ok, itu hanya pandangan saya sebagai penonton...
No comments:
Post a Comment