::Join ChurpChurp::

Sunday, November 11, 2012

jodoh itu rahsia Allah

dari zaman sekolah sehingga saya belajar di matrikulasi, saya tidak pernah ber"couple"...ketika itu, saya berkawan baik dengan rakan sekelas lelaki, tetapi semuanya tidak lebih dari seorang kawan...perasaan remaja saya sering tertanya-tanya, kenapa hampir semua rakan perempuan ada "couple" masing-masing, tetapi saya tidak?adakah kerana saya tidak cantik seperti rakan-rakan perempuan yang lain?

pada tahun 2001, saya berkenalan dengan "senior" semasa saya di sekolah menengah...tetapi persahabatan kami hanya bertahan sebulan sahaja...ada masalah peribadi yang tidak dapat memanjangkan persahabatan kami...

kemudian pada tahun 2003, saya berkenalan dengan seseorang yang berasal dari Johor Bahru...persahabatan saya & dia bertahan selama setahun lebih...sepanjang berkawan, kami tidak pernah "bergaduh" sehingga saya rasa dia jodoh saya...tetapi disebabkan "pergaduhan kecil", kami membuat keputusan untuk memutuskan persahabatan kami...pada mulanya saya tidak dapat menerima & pasti akan menangis apabila teringat kenangan sepanjang berkawan dengan dia...setelah hampir setahun barulah saya dapat melupakan dia & redha dengan takdir...mungkin susah untuk saya terima kerana dialah "cinta pertama" saya...

selepas itu, saya cuba berkawan dengan orang lain, tetapi semuanya hanyalah kawan biasa sahaja...pada tahun 2006, ketika usia sudah mencecah 25 tahun, setiap kali selepas solat saya akan berdoa, semoga Allah temukan saya dengan seorang yang mudah untuk saya mengenali dirinya & keluarganya kerana saya sudah mula terasa penat jika mahu berkenalan dengan seseorang yang baru dikenali..."mana nak kenal dia, mana nak kenal keluarganya lagi...ish, macam-macam yang saya fikir ketika itu"...

kemudian pada April 2007, tanpa disangka rakan sekampung telah memberi nombor telefon saya pada suami...sebenarnya saya & suami memang telah kenal sejak kecil kerana berjiran...kami bermain pondok-pondok, mandi sungai, mengaji bersama-sama, tetapi kami tidak sekelas di sekolah kerana suami "muda sedikit" dari saya...

sejak keluarga saya berpindah pada tahun 1992 sehingga kami tinggal semula di rumah lama kami di Kampung Sagil ini pada tahun 2001, saya tidak pernah berjumpa atau terjumpa dengan suami...ketika kami berkenalan, saya bekerja di Johor Bahru...selepas 2 minggu ber"sms", kami berjumpa di Muar dengan ditemani adik saya...sangat mendebarkan kerana sudah 15 tahun kami tidak berjumpa...Alhamdulillah, walaupun kami berbeza umur & sering berbeza pendapat, rupanya dialah jodoh saya...mungkin kami mudah untuk serasi kerana kami telah kenal sejak kecil...

tetapi saya agak kecil hati ketika sehari sebelum kami bertunang, saudara mara saya bertanya dengan soalan-soalan seperti, "masa dekat usm, tak ada kenal dengan sesiapa ke?", "kenapa cari jiran sendiri?" dan bermacam soalan yang lain...ye, saya akui, suami saya tidak berpelajaran tinggi jadi mereka berpendapat saya pelik kerana tidak memilih lelaki yang mempunyai ijazah seperti saya...ok, cukup sampai sini cerita saya...minta maaf sebab agak panjang walaupun saya dah cuba singkatkan...

hari ni saya ada 3 jemputan kahwin, so sebab tu saya cerita pasal jodoh...mengimbau kenangan lama...


**sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah...jodoh itu kita dapat rasakan apabila dengan kehadiran dia membuatkan kita rasa LEBIH TENANG, LEBIH BERTAMBAH AMAN dan juga LEBIH MENINGKATKAN KEIMANAN...

**Ya Allah, seandainya telah tertulis dia untukku, dekatkan & satukanlah hatinya dengan hatiku...berikan kebahagiaan kepada kami..agar kesetiaan itu abadi...amin..

**dalam sesebuah perhubungan, perkara yang paling penting adalah percaya & ikhlas...

**i trust you is BETTER than i love you because you may not always trust the person you love, but you can always love the person you trust...


6 comments:

nurhuda said...

wahh ! sweetnyee :D rupe2nye jodoh dok dekat je kan

Salmi said...

Kebahagiaan bukan terletak pada pangkat dan harta.. tidak juga bergantung pd perbezaan usia. yang penting kemampuan melaksanakan tanggungjawab serta saling memahami.

Unknown said...

sweet lah kak.... betul2 kalau dh jodoh, terbang lah ke negeri mane pun, andai takdir orang terdekat jodoh kt kan, terima dgn redha :)

Tahniaah.. smg akak bahagia hingga ke syurgaNya ^^

Unknown said...

tq hanan..:-)

Unknown said...

ye, btul tu..tq sis..

Unknown said...

tq ye..insyaAllah..amin..:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...