::Join ChurpChurp::

Tuesday, November 13, 2012

Contest: Saya Sayang Kamoo Sahabat


saya telah dijemput oleh Didiey, pemilik blog http://ezatichumel.blogspot.com untuk join contest ni pada 2 November...aduh, saya hampir terlupa yang entri ni masih berada di senarai draf...nasib baik tarikh tutup lusa, 15 November 2012...

so pada rakan-rakan yang ingin join, boleh klik banner kat atas...saya tengok kat blog Didiey, sudah ada 87 orang peserta yang join contest ni...jadi saya nak tag pada semua rakan yang masih belum join untuk join contest ni...


inilah sahabat terbaik saya, Azlin...saya kenal dengan Azlin semasa belajar di usm...kami satu course tetapi kami berlainan batch...disebabkan saya extend study, saya kenal dengan Azlin yang muda 3 tahun dari saya...selain dari berlainan batch & berbeza umur, kami juga berlainan major course...kami tidak sekelas, tetapi kami akan luangkan masa jika ada kelapangan...banyak perbezaan antara kami, tetapi kami serasi sebagai seorang sahabat...dialah sahabat "gossip" saya, sahabat yang mudah untuk meminta bantuan & sahabat yang memahami saya...




memang ada sahabat yang masih berhubung dengan saya sehingga kini, tetapi Azlin merupakan sahabat yang saya boleh berkongsi segala-galanya...jika dahulu semasa belajar, kami banyak bercerita tentang kisah remaja, tetapi sekarang kami banyak berkongsi ilmu & rasa tentang hal kewanitaan, rumah tangga & juga "parenting"...Azlin juga tidak pernah merungut untuk membantu saya ketika saya memerlukan bantuan dari dia...dialah sahabat yang sudi mendengar keluh kesah saya ketika saya dilanda dugaan dalam kehidupan...

Azlin menetap di Pulau Pinang & saya di negeri Johor...memang sukar untuk kami berjumpa, tetapi itu tidak menghalang kami untuk terus berhubung... kami sering berhubung melalui panggilan telefon, sms, chat di facebook dan juga whats app...


tahun lepas Azlin & keluarga ada datang beraya ke rumah saya, tetapi kami terlupa untuk mengambil gambar kami yang terbaru...Azlin singgah ke rumah saya ketika dia dalam perjalanan untuk pulang ke Pulau Pinang dari kampung halamannya di Johor Bahru...disebabkan masa yang suntuk & dengan keadaan kami yang
hampir 4 tahun tidak berjumpa, masa banyak dihabiskan untuk bercerita tentang kisah kami...

walau apa pun, saya sayang semua sahabat saya & saya berdoa persahabatan yang terjalin kekal hingga ke akhir hayat...insyaAllah...amin...



**kata mak,
KAWAN tu ibarat lebah,habis madu sepah dibuang...

kata abah,
KAWAN tu umpama bunga ros, dipandang cantik dipegang sakit...

kata atuk,
KAWAN tu seperti air, terus mengalir...

kata nenek,
KAWAN tu bak bulan, dipuja dan disanjung tapi nun jauh di sana...

kata saudara,
kawan tu macam makanan, kawan makan kawan...

kata abang,
KAWAN tu seperti lembu, mengikut saja apa dikata...

kata kakak,
KAWAN tu tak ubah macam durian, bau busuk tapi sedap dimakan...

kata adik,
KAWAN tu macam biskut, sekejap ada sekejap tak ada...

kata saya,
tak kisahlah kawan tu macam mana...
walau dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR, BAK BULAN, MACAM MAKANAN, SEPERTI LEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT...

tetapi dia tetap kawan...
sekali saya dah kawan dengan dia selamanya dia tetap kawan saya...


6 comments:

Unknown said...

thanx sudi join n good luck!
nnt check senarai peserta ye..

suka quote yg akak tulis tu:)

ツainjalutツ said...

heyhey ! bestnya cerita dia, saya pun join contest yang sama :) jemput singgah baca entry saya pula :D

http://sahabatroticanai.blogspot.com/2012/11/contest-saya-sayang-kamoo-sahabat.html

gud luck !

AmIe said...

Amie dri contest yg sama.. :)
http://aminahazam.blogspot.com/2012/11/contest-saya-sayang-kamoo-sahabat.html

Unknown said...

saya dah lama follow sini
moga kekal persahabatan kalian.. aamiin :)
saya pun join, tapi member2 saya gila gila, tak larat dibuatnya :)

http://sayacikamal.blogspot.com/2012/11/contest-saya-sayang-kamoo-sahabat.html

Unknown said...

tq didiey..:-)

mommyfiqa said...

follow sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...