::Join ChurpChurp::

Monday, November 5, 2012

pengguna jalan raya yang berhemah

kat sekolah dulu, kita semua ada belajar nilai-nilai murni kan?
you all ingat lagi tak, apa nilai-nilai murni tu?
ok, kalau ada yang lupa, kat sini saya bagi senarai nilai-nilai murni;

BAIK HATI
BERDIKARI
BERHEMAH TINGGI
HORMAT-MENGHORMATI
KASIH SAYANG
KEADILAN
KEBEBASAN
KEBERANIAN
KEBERSIHAN FIZIKAL DAN KEBERSIHAN MENTAL
KEJUJURAN
KERAJINAN
KERJASAMA
KESEDERHANAAN
KESYUKURAN
RASIONAL
SEMANGAT KEMASYARAKATAN

pada senarai di atas, ada sikap hormat-menghormati...tapi you all perasan tak, bila kita menggunakan jalan raya, tak kisahlah sebagai pemandu kereta, penunggang motosikal ataupun pejalan kaki, kita tak dapat tengok sikap hormat-menghormati ada pada kebanyakan pengguna jalan raya di Malaysia?
sebagai contoh, cuba tengok gambar di bawah;


keadaan jalan sedang sesak, semua kenderaan bergerak perlahan & mengikut laluan, tapi kenapa pemandu tersebut menggunakan laluan bagi penunggang motosikal?jika di laluan tersebut ada motosikal ataupun pejalan kaki, tidakkah keadaan itu mengundang risiko kemalangan?memang tidak semua pemandu bersikap seperti gambar di atas, tetapi bukahkah lebih baik jika tidak ada langsung?

saya tahu saya tidak boleh memaksa sesiapa belajar menghormati orang lain, jadi saya cuma boleh mengingatkan pada diri saya sendiri supaya menjadi pengguna jalan raya yang berhemah & menghormati orang lain...

p/s: perlu ke kita mendatangkan masalah pada orang lain semata-mata untuk kepentingan diri sendiri?fikir-fikirkan...

**teringat kata-kata penceramah di driving school dahulu, "bila awak dah berada di atas jalan raya, walaupun awak berhati-hati, awak ingat semua orang berfikir seperti awak?diaorang cuma fikir nak cepat & asal tak kena je"...


2 comments:

Hnahdy said...

hana pernah buat mcm ni tapi xsengaja..nak belok kanan sebenarnya..xsangka lorong tu lambat lagi

Khairul Bariah Salleh said...

akak pun penah ikut kiri kalau ada kereta nak belok kanan..tapi myvi putih ni memang sepjg perjalanan amik line kiri..dpn myvi tu pun ada kereta lg satu buat bnda yg sama..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...